ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana izinNYA disamping berkat usaha serta doa semua, akhirnya ALUMNI SEK MEN KEB LUI BARAT telah berjaya didaftarkan secara rasminya dengan nombor pendaftaran PPM-009-05-15022012. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK Penaja yang berusaha keras demi memastikan tertubuhnya Alumni ini. Pengorbanan anda semua amat kami hargai!
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat Kali Pertama bagi memilih AJK Tertinggi yang akan menggalas tugas meneruskan agenda, misi & visi ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat juga telah berjaya diadakan pada tarikh 8 April 2012 yang lalu bertempat di Dewan Sek. Men. Keb. Lui Barat. Sekalung tahniah kepada barisan AJK yang dilantik. Besar harapan ahli-ahli agar amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini mampu digalas oleh barisan kepimpinan yang menerima mandat. Insya Allah!
Untuk itu,
demi memastikan kelahiran ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat dapat menawarkan sesuatu kepada
ahli-ahlinya selain membantu pihak sekolah dari pelbagai sudut dan ruang yang
akan diperhalusi kemudian, maka semua yang pernah bergelar pelajar Sek.
Men. Keb. Lui Barat dipohon untuk menjadi ahli dengan yuran keahlian yang
dikenakan sekadar RM10 seorang.
Kerjasama semua pihak juga diharapkan agar
dapat membantu sekadar yang mampu di dalam usaha membuat hebahan,
mempromosi & menggiatkan usaha menambah keahlian ALUMNI. Sesungguhnya,
kekuatan sesebuah organisasi itu mampu dilihat dari jumlah keahliannya. Moga
dengan kekuatan itu mampu menjadi penggerak buat barisan kepimpinan yang
dilantik untuk merencana dan melaksanakan program yang difikirkan terbaik buat
semua...Insya Allah!
![]() |
| Barisan AJK Alumni Sek. Men. Keb. Lui Barat Sesi 2012/2013 (Gambar Ihsan Dak Zul) |


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlhamdulillah...tahniah....mari bersama2 mengerakkan misi & visi alumni...
BalasPadamsyukur! satu langkah yang gemilang untuk mengeratkan tali sirraturrahim antara kita semua warga x-lui barat student.....terbaikkk.berkongsi kejayaan...............
BalasPadamAlhamdulillah...Mari kita jayakannya bersama-sama, Insya Allah!
BalasPadam