Selasa, 15 Mei 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Hari ini 16 Mei 2012 adalah hari penuh bersejarah kerana kita di seluruh negara menyambut Hari Guru. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Untuk tahun ini, tema sambutan Hari Guru adalah ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’. Jasa guru memang tiada galang gantinya, Tunjuk ajar dari merekalah yang telah membentuk kita. Didikan mereka satu cahaya, menunjukkan arah menentukan hala. Terima kasih GURU…Dikau teristimewa! 

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sasterawan Negara
ALLAHYARHAM USMAN AWANG
1979

Isnin, 30 April 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Kepada ALUMNI Yang Bergelar Pekerja, Maka Kami Ingin Mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2012 Khas Buat Anda Semua...Tema Tahun Ini Berbunyi "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi"...Tak Kisahlah Bagaimana Bunyinya, Apa Yang Penting Semestinya Nawaitu Anda Dalam Melakukan Sesuatu Pekerjaan Itu Sebagai Satu Ibadah:)

“Tidak Aku Jadikan Jin & Manusia Itu Melainkan Untuk Beribadah KepadaKu” (Az-Zariyat, Ayat 56)

Jumaat, 27 April 2012

Facebook Alumni SMKLB Dah Ada!

Syukur Alhamdulillah, ALUMNI Sek Men Keb Lui Barat kini mempunya halaman Facebook yang diwujudkan sebagai wadah termudah; termudah & terkini untuk semua ahli berinteraksi. Melalui medium semudah ini juga, anda semua dialu-alukan untuk memberikan apa jua bentuk cadangan; pendapat & pandangan untuk kepentingan dan kebaikan bersama:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian ALUMNI Online

Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat 1 (Kampung):
Alamat 2 (Semasa):
Nombor Telefon (Bimbit):
Nombor Telefon (Rumah):
Nombor Telefon (Pejabat):
Email:
Pekerjaan:
Institusi Pengajian Tinggi (Sekiranya Masih Belajar):
Tahun Pembelajaran Di SMKLB:

Bersama ini saya sertakan RM……………… (Ringgit Malaysia....................................……………………….....................) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi menjayakan penubuhan Alumni SMKLB.

Sila Faks Borang ini kepada: Pejabat SMK Lui Barat - 06 467 6300 ATAU hubungi AJK Tertinggi Alumni SMKLB: Ahmad Rifaie bin Abd Hasan - 012 605 5549 / Salasiah bt. Mahmood - 016 328 4748 / Sanisah bt. Ayon - 013 625 9782


This HTML form was created by Freedback.