VISI & MISI


ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat telah didaftarkan sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 15 Februari 2012 dengan nombor pendaftaran PPM-009-05-15022012.

Secara umumnya, tujuan penubuhan ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat seperti tertulis di dalam Perlembagaan Alumni Sek. Men. Keb. Lui Barat (2012) adalah seperti berikut:

(a) Merapatkan perhubungan dan menjalinkan kerjasama di antara ahli-ahli di dalam persatuan; seterusnya di antara ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat dengan pihak pengurusan Sek. Men. Keb. Lui Barat; 

(b) Membantu di dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan di antara ahli-ahli ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat dan juga pelajar Sek. Men. Keb. Lui Barat melalui penganjuran seminar, kursus, ceramah motivasi, kem bina insan dan seumpamanya;

(c) Membentuk kerjasama dengan persatuan-persatuan lain di dalam negara mengenai perkara-perkara berkaitan pendidikan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang mampu memberi manfaat dan faedah secara langsung atau tidak kepada ahli-ahli ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat dan juga pelajar Sek. Men. Keb. Lui Barat selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan;

(d) Memperjuangkan kepentingan bekas pelajar Sek. Men. Keb. Lui Barat menerusi pengisian aktiviti-aktiviti yang memberi impak positif kepada pencapaian ahli-ahli ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat terutama dari aspek ekonomi;

 (e) Menjadikan ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat sebagai  pusat perkongsian ilmu; kepakaran & networking di dalam pelbagai bidang untuk faedah ahli disamping membantu pihak pengurusan dan pelajar Sek. Men. Keb. Lui Barat;

(f) Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan harta bagi faedah ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat;

(g) Memperkukuh jalinan ukhuwah dan menjaga kebajikan ahli-ahli ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian ALUMNI Online

Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat 1 (Kampung):
Alamat 2 (Semasa):
Nombor Telefon (Bimbit):
Nombor Telefon (Rumah):
Nombor Telefon (Pejabat):
Email:
Pekerjaan:
Institusi Pengajian Tinggi (Sekiranya Masih Belajar):
Tahun Pembelajaran Di SMKLB:

Bersama ini saya sertakan RM……………… (Ringgit Malaysia....................................……………………….....................) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi menjayakan penubuhan Alumni SMKLB.

Sila Faks Borang ini kepada: Pejabat SMK Lui Barat - 06 467 6300 ATAU hubungi AJK Tertinggi Alumni SMKLB: Ahmad Rifaie bin Abd Hasan - 012 605 5549 / Salasiah bt. Mahmood - 016 328 4748 / Sanisah bt. Ayon - 013 625 9782


This HTML form was created by Freedback.