FASAL 1 NAMA
(1) Pertubuhan ini dikenali
dengan nama
ALUMNI SEK MEN KEB LUI BARAT
(2012)
Selepas ini disebut pertubuhan.
(2) Takrif Nama : NAMA SEKOLAH
(3) Bertaraf : Negeri
FASAL 2 ALAMAT
(1) Alamat dan tempat urusan
pertubuhan ialah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUI
BARAT
72170 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN
atau di tempat lain atau
tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; dan
alamat untuk surat
menyurat adalah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUI
BARAT
72170 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN
(2) Tempat urusan berdaftar dan
alamat surat
menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan
terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
Tujuan Pertubuhan adalah seperti
berikut :
(1) Menyatupadukan bekas
pelajar-pelajar institusi tersebut di fasal 1 (2) Tiada2
(3) Tiada2
(4) Tiada2
(5) Tiada2
(6) Tiada2
FASAL 4 KEAHLIAN
(1) Kriteria keahlian pertubuhan
adalah seperti berikut;
a) Ahli Biasa
> Kewarganegaraan : Malaysia
> Umur Minima : 18 tahun
> Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Di Mana Sahaja
> Keturunan/Bangsa : Semua
> Jantina : Terbuka
> Agama : Semua
> Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
> Kewarganegaraan : Malaysia
> Umur Minima : 18 tahun
> Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Di Mana Sahaja
> Keturunan/Bangsa : Semua
> Jantina : Terbuka
> Agama : Semua
> Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
b) Ahli Bersekutu
Tiada
c) Ahli Kehormat
Tiada
d) Ahli Seumur Hidup
Tiada
e) Ahli Remaja
Tiada
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi
ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada
Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin
kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi
bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
(3) Tiap-tiap pemohon yang
permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah
membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti
daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal
mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum
Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan ini
adalah daripada:
(1) Bayaran masuk:
RM 10.00 (Ringgit Malaysia
Sepuluh Sahaja)
(2) Yuran:
RM 10.00 (Ringgit Malaysia
Sepuluh sahaja)
a) Yuran tahunan:
(i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kpd bendahari
a) Yuran tahunan:
(i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kpd bendahari
terlebih dahulu dlm tempoh 7 hari dr awal tiap-tiap tahunan
b) Yuran seumur hidup:
(perlu
dijelaskan semasa permohonan)
RM 10.00
c) Ahli yg membiarkan hutang
yurannya lebih drpd dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau
wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga
hutangnya telah dijelaskan.
d) Ahli yang membiarkan
hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan
sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka
berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih
dahulu.
e) Jawatankuasa mempunyai kuasa
menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya
terlucut disebabkan hutang.
f) Yuran khas atau kutipan wang
daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar
wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan
dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
(3) Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk
menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang
hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan
pertubuhan.
(4) Kutipan Derma
Pertubuhan ini boleh membuat
kutipan derma dari orang ramai dengan syarat kebenaran pihak berkenaan
diperolehi terlebih dahulu.
(5) Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan
kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta
alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolaan Pertubuhan ini
terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua ½
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat
agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
(2) Jika korum tidak cukup
selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka
mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada
30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah
ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi
Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
(a) mempertimbangkan laporan
Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
(b) mempertimbangkan laporan
Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
(c) memilih ahli-ahli
Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
(d) menguruskan perkara-perkara
lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah
menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat
dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu
yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk
dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
(5) Mesyuarat Agung Khas bagi
pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak
oleh Jawatankuasa; atau
(b) atas permintaan
beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima 1/5 dari
jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6) Mesyuarat Agung Khas yang
diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu
bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7) Pengumuman dan agenda untuk
Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua
ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
bermesyuarat.
(8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam
perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan
terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak
mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9) Setiausaha hendaklah
menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti
berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih Setiap Tahun di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
- Seorang Pengerusi
- Seorang Timbalan Pengerusi
- Seorang Setiausaha
- Seorang Penolong Setiausaha
- Seorang Bendahari
- 2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2) Pemegang-pemegang jawatan
Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam
Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan
di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan
dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua
pegawai boleh dipilih semula Setiap Tahun .
(4) Fungsi Jawatankuasa ialah
mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan
atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang
telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh
mengambil tindakan yang bertentangan dengan mesyuarat agung dengan tidak
terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi
keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan
berkenaan kegiatannya dalam tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
(5) Jawatankuasa hendaklah
bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 Kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap
mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.
Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa
bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada
bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli
Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum
mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak
yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak
dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:
(a) Masalah yang dibangkitkan
itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah
daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan
undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatitkan dalam minit.
(7) Ahli Jawatankuasa yang
mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan
yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
(8) Jika seorang ahli
Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat
undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk
memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak
jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan
kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10) Jawatankuasa boleh
menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan
khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
(11) Jawatankuasa yang lama
hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran,
perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas,
buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan
sebagainya kepada Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN
PEGAWAI
(1) Pengerusi, dalam tempoh
menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan
semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani
minit mesyuarat bila ia diluluskan.
(2) Timbalan Pengerusi hendaklah
memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3) Setiausaha hendaklah
menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia
menjalankan semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat
menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku
akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli
yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama,
tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat
majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam
semua masyarakat dan membuat catatan mesyuarat.
(4) Penolong Setiausaha
hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan
itu semasa ketiadaan Setiausaha.
(5) Bendahari adalah
bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan yang
terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
(6) Ahli Jawatankuasa Biasa
hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh
digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan
perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
(2) Bendahari dibenarkan
menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga
ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam
tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
(3) Segala cek atau kenyataan
pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak
melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
(4) Perbelanjaan yang lebih
daripada RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak
boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan
perbelanjaan yang lebih daripada RM 1500.00 (Ringgit Malaysia Satu ribu lima
ratus Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran
mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu
ratus Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
(5) Penyata kewangan bagi
setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang
dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah
tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah
diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6) Tahun kewangan Pertubuhan
ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 01 Januari.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1) Satu orang yang bukannya
pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai
Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama Satu tahun boleh dilantik
semula.
(2) Juruaudit adalah dikehendaki
memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi Satu tahun. Juruaudit hendaklah
membuat perakuan dan menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan
Mesyuarat Agung Tahunan . Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh
Pengerusi mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam
tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
(1) Segala harta tidak alih
Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara
pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa
seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan
syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan
pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang
dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
(2) Harta tidak alih Pertubuhan
tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan
Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
(1) Dalam tempoh diantara dua
Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan
ini dan Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang
jelas di dalam perlembangaan ini.
(2) Kecuali perkara-perkara yang
bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat
agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
(1) Jawatankuasa boleh, jika
difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung
bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
(1) Sebarang bentuk perjudian
seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di
permis pertubuhan.
(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya
tidak harus cuba
menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga
barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti
definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
(3) Pertubuhan ini tidak boleh
menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama
Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan
dari pihak berkuasa yang berkenaan.
(4) "Faedah" seperti
yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5) Semua wang dan keuntungan
yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan
ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat
pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau
bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak
menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau
kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
(1) Perlembagaan ini tidak boleh
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan
perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60
hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan
hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1) Pertubuhan ini boleh
dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga
perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat
agung yang dipanggil khas kerananya.
(2) Sekiranya Pertubuhan hendak
dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan
Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang
yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam
mesyuarat agung berkenaan.
(3) Permohonan pembubaran ini
hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari
tarikh keputusan pembubaran itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan