KEAHLIAN


Keahlian Alumni adalah dibuka kepada semua yang bergelar bekas  pelajar Sek. Men. Keb. Lui Barat. Selaras dengan matlamat menyatupadukan bekas pelajar,  anda adalah dipelawa untuk menjadi ahli dengan mengisi butiran seperti yang diperlukan pada borang yang disediakan. Sebagai ahli,anda tertakluk kepada syarat dan peraturan berikut sebagaimana digariskan di dalam Perlembagaan Alumni Sek. Men. Keb. Lui Barat

(1) Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;
      a) Ahli Biasa   
          > Kewarganegaraan : Malaysia 
          > Umur Minima : 18 tahun 
          > Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Di Mana Sahaja 
          > Keturunan/Bangsa : Semua 
          > Jantina : Terbuka 
          > Agama : Semua 
          > Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada
     b) Ahli Bersekutu
          Tiada
     c) Ahli Kehormat
         Tiada
     d) Ahli Seumur Hidup
         Tiada
     e) Ahli Remaja
         Tiada
 
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.                                                

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.


(4) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.                                                    

(5) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian ALUMNI Online

Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat 1 (Kampung):
Alamat 2 (Semasa):
Nombor Telefon (Bimbit):
Nombor Telefon (Rumah):
Nombor Telefon (Pejabat):
Email:
Pekerjaan:
Institusi Pengajian Tinggi (Sekiranya Masih Belajar):
Tahun Pembelajaran Di SMKLB:

Bersama ini saya sertakan RM……………… (Ringgit Malaysia....................................……………………….....................) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi menjayakan penubuhan Alumni SMKLB.

Sila Faks Borang ini kepada: Pejabat SMK Lui Barat - 06 467 6300 ATAU hubungi AJK Tertinggi Alumni SMKLB: Ahmad Rifaie bin Abd Hasan - 012 605 5549 / Salasiah bt. Mahmood - 016 328 4748 / Sanisah bt. Ayon - 013 625 9782


This HTML form was created by Freedback.