Isnin, 30 April 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Kepada ALUMNI Yang Bergelar Pekerja, Maka Kami Ingin Mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2012 Khas Buat Anda Semua...Tema Tahun Ini Berbunyi "Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi"...Tak Kisahlah Bagaimana Bunyinya, Apa Yang Penting Semestinya Nawaitu Anda Dalam Melakukan Sesuatu Pekerjaan Itu Sebagai Satu Ibadah:)

“Tidak Aku Jadikan Jin & Manusia Itu Melainkan Untuk Beribadah KepadaKu” (Az-Zariyat, Ayat 56)

Jumaat, 27 April 2012

Facebook Alumni SMKLB Dah Ada!

Syukur Alhamdulillah, ALUMNI Sek Men Keb Lui Barat kini mempunya halaman Facebook yang diwujudkan sebagai wadah termudah; termudah & terkini untuk semua ahli berinteraksi. Melalui medium semudah ini juga, anda semua dialu-alukan untuk memberikan apa jua bentuk cadangan; pendapat & pandangan untuk kepentingan dan kebaikan bersama:)

Ahad, 15 April 2012

Family Day Alumni SMKLB?

Syukur Alhamdulillah, sebaik ditubuhkan Alumni Sek Men Keb Lui Barat ni, banyak respon & maklum balas daripada bekas pelajar yang kami terima. Ada yang sudi berkongsi pandangan dan tak kurang juga yang tampil memberikan cadangan...Tak dapat  dikemukakan secara bersua muka, maka 'muka buku' jualah yang menjadi medium terhangat dipasaran...Murah, mudah & berkesan! Ye ke?

Tengah sibuk menambah ahli ni (anda yang membaca ni ahli dah ke?), dah ada pulak dikalangan sahabat kita yang mahukan barisan jawatankuasa merencanakan Program Hari Keluarga Alumni  Sek Men Keb Lui Barat Kali Pertama...Seboleh-bolehnya dalam tahun ni juga. Teruja dengan batch senior yang dah pernah buat katanya!


Hmm...Menarik jugak tu. Boleh dipertimbangkan dengan serius ni. Tengok gambar-gambar batch senior bercanda ria, mana boleh tahan mata kita...Kitorang pun nak juga! Tak dapat PD, Hutan Lipur De Bana pun tak mengapa, tambahnya (Takde tempat yang lagi dekat ke?).                            


OK lah, nama pun cadangan kan. Maka akan kami bawa bersama-sama ke dalam agenda mesyuarat kami nanti beserta cadangan-cadangan yang lainnya. Kalau anda pun ada pandangan, kemukakannya kepada kami. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan! Err, kalau pun jadi nak buat hari keluarga tu nanti, dah tentu-tentu untuk ahli Alumni yang berdaftar sahaja. Sekali lagi tanya...Anda sudah ke? Jangan marah haa...       
               

Suatu Waktu Dahulu...

 
Ketika ini suatu waktu dahulu
Ku ke sini denganmu
Kita dirikan sebuah tugu harapan
Dengan keyakinan...
Masihku ingat
Tanganmu kugenggam erat
Tandanya bersepakat
Pernah katamu
Susah-senang, suka-duka
Kita hadapi bersama...


Sabtu, 14 April 2012

Dulu Kini & Selamanya...Dihati!


Lama sungguh rasanya tidak menjejakkan kaki ke sini. Saat 'dia' ku tinggalkan, rasa kasih 'padanya' berada pada tahap tertinggi...Tak dapat diungkapkan rasa sedih dalam hati tatkala mengatur langkah melewati garis sempadan sekolah untuk yang terakhir kali. Akan tetapi, demi cita-cita dan masa depan, berjalan harus ditukar dengan berlari; ilmu yang dihidang perlu terus dicarigali, banyak dan banyak lagi...Demi menjejak peringkat tertinggi!
                                                                                                                                                                               

Kini 'aku' kembali! Biarpun berubah misi dan visi, bertaut denganmu kini adalah detik terindah yang amat dinanti. Meskipun aku bukan bergelar somebody, pasti sesuatu dapat aku sumbangkan buatmu...Selaku ALUMNI!


Selasa, 10 April 2012

Alumni SMKLB Kini Tertubuh Dengan Rasminya!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana izinNYA disamping berkat usaha serta doa semua, akhirnya ALUMNI SEK MEN KEB LUI BARAT telah berjaya didaftarkan secara rasminya dengan nombor pendaftaran PPM-009-05-15022012. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK Penaja yang berusaha keras demi memastikan tertubuhnya Alumni ini. Pengorbanan anda semua amat kami hargai!
 


Alhamdulillah,  Mesyuarat Agung ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat Kali Pertama bagi memilih AJK Tertinggi yang akan menggalas tugas meneruskan agenda, misi & visi ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat juga telah berjaya diadakan pada tarikh 8 April 2012 yang lalu bertempat di Dewan Sek. Men. Keb. Lui Barat. Sekalung tahniah kepada barisan AJK yang dilantik. Besar harapan ahli-ahli agar amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini mampu digalas oleh barisan kepimpinan yang menerima mandat. Insya Allah!



Untuk itu, demi memastikan kelahiran ALUMNI Sek. Men. Keb. Lui Barat dapat menawarkan sesuatu kepada ahli-ahlinya selain membantu pihak sekolah dari pelbagai sudut dan ruang yang akan diperhalusi kemudian, maka semua yang pernah bergelar pelajar Sek. Men. Keb. Lui Barat dipohon untuk menjadi ahli dengan yuran keahlian yang dikenakan sekadar RM10 seorang. 

Kerjasama semua pihak juga diharapkan agar dapat membantu sekadar yang mampu di dalam usaha  membuat hebahan, mempromosi & menggiatkan usaha menambah keahlian ALUMNI. Sesungguhnya, kekuatan sesebuah organisasi itu mampu dilihat dari jumlah keahliannya. Moga dengan kekuatan itu mampu menjadi penggerak buat barisan kepimpinan yang dilantik untuk merencana dan melaksanakan program yang difikirkan terbaik buat semua...Insya Allah!

Barisan AJK Alumni Sek. Men. Keb. Lui Barat Sesi 2012/2013 (Gambar Ihsan Dak Zul)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Keahlian ALUMNI Online

Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh Lahir:
Alamat 1 (Kampung):
Alamat 2 (Semasa):
Nombor Telefon (Bimbit):
Nombor Telefon (Rumah):
Nombor Telefon (Pejabat):
Email:
Pekerjaan:
Institusi Pengajian Tinggi (Sekiranya Masih Belajar):
Tahun Pembelajaran Di SMKLB:

Bersama ini saya sertakan RM……………… (Ringgit Malaysia....................................……………………….....................) sebagai sumbangan ikhlas saya bagi menjayakan penubuhan Alumni SMKLB.

Sila Faks Borang ini kepada: Pejabat SMK Lui Barat - 06 467 6300 ATAU hubungi AJK Tertinggi Alumni SMKLB: Ahmad Rifaie bin Abd Hasan - 012 605 5549 / Salasiah bt. Mahmood - 016 328 4748 / Sanisah bt. Ayon - 013 625 9782


This HTML form was created by Freedback.