Syukur Alhamdulillah, sebaik ditubuhkan Alumni Sek Men Keb Lui Barat ni, banyak respon & maklum balas daripada bekas pelajar yang kami terima. Ada yang sudi berkongsi pandangan dan tak kurang juga yang tampil memberikan cadangan...Tak dapat dikemukakan secara bersua muka, maka 'muka buku' jualah yang menjadi medium terhangat dipasaran...Murah, mudah & berkesan! Ye ke?
Tengah sibuk menambah ahli ni (anda yang membaca ni ahli dah ke?), dah ada pulak dikalangan sahabat kita yang mahukan barisan jawatankuasa merencanakan Program Hari Keluarga Alumni Sek Men Keb Lui Barat Kali Pertama...Seboleh-bolehnya dalam tahun ni juga. Teruja dengan batch senior yang dah pernah buat katanya!
Hmm...Menarik jugak tu. Boleh dipertimbangkan dengan serius ni. Tengok gambar-gambar batch senior bercanda ria, mana boleh tahan mata kita...Kitorang pun nak juga! Tak dapat PD, Hutan Lipur De Bana pun tak mengapa, tambahnya (Takde tempat yang lagi dekat ke?).
OK lah, nama pun cadangan kan. Maka akan kami bawa bersama-sama ke dalam agenda mesyuarat kami nanti beserta cadangan-cadangan yang lainnya. Kalau anda pun ada pandangan, kemukakannya kepada kami. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan! Err, kalau pun jadi nak buat hari keluarga tu nanti, dah tentu-tentu untuk ahli Alumni yang berdaftar sahaja. Sekali lagi tanya...Anda sudah ke? Jangan marah haa...





meh lah follow blog saya juga
BalasPadamapa kata letak chat box.. boleh juga kita chitt chatt kat sini... betul tak admin
BalasPadamOK...Nanti saya masukkan ye adik manis:)
BalasPadam